Facebook Menguji Fungsi Masa-Nyata Baru Di Bahagian Tepi Laman

Facebook Menguji Fungsi Masa-Nyata Baru Di Bahagian Tepi Laman

Diterbitkan pada June 11, 2011 oleh .

Facebook kini dilihat sedang menguji suatu fungsi baru dibahagian tepi halaman utama mereka yang dipanggil dengan nama Happening Now. Melaluinya ianya memperlihatkan kemaskini masa-nyata rakan-rakan anda yang dikemaskini setiap kali rakan anda meninggalkan komen, Like akan sesuatu dan sebagainya.

Menariknya melalui fungsi kemaskini masa-nyata ini adalah dimana anda juga boleh mengikuti pelbagai perkembangan termasuk gambar dan video tanpa perlu meninggalkan halaman utama Facebook tersebut, dan diperlihatkan dengan pantas, dengan hanya meletakkan kursor tetikus diatasnya.

Walaubagaimanapun, menurut pihak Facebook, ianya hanyalah sekadar ujian ringkas sahaja. Namun begitu, sekiranya ianya diperkenalkan secara rasmi kepada semua, berkemungkinan besar, ianya akan memberikan impak yang besar kepada pendapatan Facebook melalui iklan. Sama-sama kita nantikan perkembangan fungsi sokongan masa-nyata pada Facebook.

Kredit video daripada Saiful


TIPS & ULASAN