Cari @ Amanz

Hari ini, seperti yang dirancang oleh Nokia Malaysia, mereka telah berjaya memecahkan rekod dunia untuk rekod paling ramai orang bermain permainan mudah-alih secara berganti-ganti. Sehingga artikel ini ditulis, lebih daripada 1,000 orang telah bermain, dan angka tersebut makin bertambah.

Acara yang dimulakan sekitar pukul 11 pagi itu secara rasminya mencapai angka sasaran, seramai 1,000 orang pada pukul sekitar 3.58 petang, dan ianya masih diteruskan sehingga 9 malam ini.

Selain daripada aktiviti utama untuk membuat rekod dunia itu, Nokia juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik berkaitan Angry Birds di Low Yat sempena dengan perkara ini hari ini.

Kamera : Syazwan

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd