Melalui suatu laporan yang dikeluarkan oleh OPSWAT, ianya memperlihatkan yang mana para pengguna seluruh dunia kini memilih Microsoft Security Essentials sebagai aplikasi sekuriti dan keselamatan yang paling banyak digunakan, mendahului pelbagai aplikasi sekuriti dan antivirus yang lain.
Untuk membuat kajian ini, OPSWAT telah memilih lebih daripada 43,000 komputer, dan 10.66% daripadanya dilihat menggunakan aplikasi sekuriti tersebut, dan diikuti oleh Avira, AVAST, dan juga AVG.
Selain daripada itu, ianya juga dilihat yang mana Windows XP masih lagi memegang takhta sebagai sistem operasi paling popular dengan pegangan pasaran melebihi 55.84%, dan diikuti oleh Windows 7 dengan lebih kurang 38.81% pegangan.