P1 Bakal Memperkenalkan Peranti MiFi

P1 Bakal Memperkenalkan Peranti MiFi

Diterbitkan pada June 12, 2011 oleh .

Setelah lama tidak memperkenalkan sebarang peranti baru, kini P1 telah pun mengatakan yang mana mereka bakal memperkenalkan peranti wifi mudah-alih, ataupun yang mana lebih dikenali sebagai MiFi tidak lama lagi, sekaligus membolehkan anda berkongsi talian P14G anda dengan mudah bersama-sama dengan rakan, diluar rumah.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui bagaimanakah rupa sebenar peranti MiFi daripada P1 ini kelak, dan spesifikasi dan harganya juga tidak diketahui lagi, tetapi ianya dijangka akan menggunakan peranti MiFi daripada Green Packet. Selain daripada itu, peranti MiFi juga akan membolehkan para pengguna berkongsi talian dengan lebih 5 orang rakan yang lain dengan mudah dan senang.

Kami akan mengemaskini sebaik sahaja memperolehi maklumat lanjut mengenainya.


TIPS & ULASAN