Penyedia Internet Turut Menyekat Alamat IP Selain Daripada DNS?

Penyedia Internet Turut Menyekat Alamat IP Selain Daripada DNS?

Diterbitkan pada June 12, 2011 oleh .

Setelah P1, kini beberapa ISP lain, termasuk TM telah mula menyekat akses kepada beberapa laman-laman muat-turun yang disenaraikan oleh SKMM sebelum ini. Namun begitu, berbeza dengan apa yang dianggap sebelum ini, bukan sahaja DNS disekat, tetapi juga diperkatakan oleh beberapa pengguna, dimana alamat IP untuk setiap web tersebut disekat daripada untuk diakses.

Sebelum ini, setelah ianya diketahui yang mana SKMM meminta para penyedia internet menyekat beberapa laman daripada diakses, ramai beranggapan yang mana ianya boleh diatasi dengan menggunakan DNS yang lain dan sebagainya. Namun ianya bukanlah salah satu masalah penyelesaian yang berjaya buat masa ini.

SKMM telah meminta para penyedia internet untuk menyenarai hitamkan sebanyak lebih daripada 10 halaman web perkongsian fail, kerana diperkatakan sebagai mengedarkan fail-fail berhak-cipta melaluinya, sekaligus melanggar akta hak cipta tempatan.


TIPS & ULASAN