Cari @ Amanz

Dengan teknologi Kinect daripada Microsoft yang semakin luas dipergunakan dalam permainan interaktif dan sebagainya, kini Razorfish memperlihatkan salah satu konsep penggunaannya dalam pembelian aksesori dan pakaian dengan mudah, dan mencubanya serta merta terus melalui skrin anda.

Konsep yang dinamakan sebagai KinectShop ini memperlihatkan bagaimana berkemungkinan pada masa hadapan kelak, pembelian pakaian dan aksesori mungkin tidak lagi memerlukan anda mencubanya secara manual seperti sekarang ini, tetapi sebaliknya boleh melakukannya dengan mudah terus melalui skrin dan juga Kinect.

Mungkin dalam masa akan datang nanti, kita akan dapat melihat lebih banyak konsep menarik menggunakan Kinect. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd