Cari @ Amanz

Akhirnya, iPhone 4 Putih Boleh Didapati Melalui DiGi

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin kini Apple tidak lagi marah akan DiGi, apabila setelah sekian lama iPhone 4 berwarna putih oleh Maxis dan juga Celcom, kini DiGi turut sama telah memulakan tawaran iPhone 4 kepada para penggunanya dengan pakej yang lebih kurang sama seperti pakej iPhone sebelum ini.

Sebelum ini, DiGi telah memulakan pra-pendaftaran iPhone 4 Putih, jauh sebelum Apple sendiri mengumumkannya secara rasmi. Namun begitu, ketika Maxis dan Celcom mula mengumumkannya, DiGi kekal senyap sehinggalah kini.

Para pengguna yang berminat untuk mendapatkannya boleh singgah ke KLCC Centre daripada hari ini hingga ke 14 Jun untuk mendapatkannya pada kadar yang menarik.


Komen ()