Cari @ Amanz

Nampaknya, platform perbincangan baru yang diumumkan oleh perdana menteri kita, Najib Razak sudah pun boleh diakses, membolehkan para pengguna berbincang dengan yang pakar dengan mudah terus melalui web 1Malaysia RoundTable.

Para pengguna yang ingin menyertainya hanyalah perlu berumur 15 tahun dan keatas, dan terlebih dahulu perlu mendaftarkan diri untuk menyertai sesuatu perbincangan. Hanya beberapa tempat sahaja yang disediakan untuk menjadikan sesuatu perbincangan itu lebih berkualiti lagi.

Melalui 1Malaysia RoundTable, para pengguna boleh berbincang mengenai sesuatu perkara, dan pada masa yang sama memberikan idea-idea menarik mereka, selain mengundi idea-idea rakan yang lain dengan mudah. Kelak, idea-idea ini diperkatakan akan diperlihatkan kepada perdana menteri kita, untuk diambil perhatian.

Ianya juga diperkatakan sebagai salah satu platform untuk membolehkan para pengguna berkongsi idea dan pandangan dalam menjadikan Malaysia lebih maju lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd