Mac OS X Lion Didatangkan Dengan Pilihan Boot Ke Safari

Mac OS X Lion Didatangkan Dengan Pilihan Boot Ke Safari

Diterbitkan pada June 13, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada fungsi-fungsi yang diumumkan oleh Apple tempoh hari, Mac OS X Lion juga bakal didatangkan dengan fungsi seumpama Chrome OS, dimana para pengguna boleh boot terus ke pelayar web Safari, tanpa perlu memasuki sistem operasi utama mereka.

Fungsi ini didatangkan pada versi pembangunan beta Mac OS X Lion yang terkini, dimana ianya diperlihatkan pada skrin masuk Mac OS X Lion. Daripadanya anda diberi pilihan “Restart to Safari” dimana anda boleh memilih untuk memulakan komputer anda kepada hanya sebuah pelayar web sahaja, dan tidak menggunakan perkara yang lain.

Melalui fungsi ini, ianya tidak dijalankan daripada sebarang partition pemasangan sistem operasi anda, sebaliknya dijalankan daripada pemasangan simpanan (recovery partiton), sekaligus membolehkan anda mengakses internet, walaupun sistem operasi anda menghadapi masalah padanya.

Ianya masih lagi tidak diketahui samada fungsi ini akan diperkenalkan pada versi akhirnya kelak ataupun tidak. Namun begitu, ianya merupakan salah satu perkara yang menarik untuk dilihat.


TIPS & ULASAN