Samsung Sahkan Galaxy S2 Bakal Dilancarkan 22 Jun

Samsung Sahkan Galaxy S2 Bakal Dilancarkan 22 Jun

Diterbitkan pada June 13, 2011 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kini Samsung melalui halaman Facebook mereka telah pun mengesahkan perkara tersebut, dimana Samsung Galaxy S2 bakal dilancarkan pada minggu hadapan, iaitu 22 Jun. Ianya mungkin akan dilancarkan bersama-sama Maxis pada hari yang sama.

Buat masa ini, harganya masih lagi belum diumumkan oleh Samsung, mahupun Maxis. Namun kami telah menerima beberapa info daripada para pengedar Samsung, dimana ianya akan dijual pada harga RM2099 ketika pelancarannya. Namun begitu, ianya mungkin ditawarkan pada harga yang lebih murah bersama-sama dengan Maxis.

Selain daripada itu, Samsung juga bakal melancarkan Samsung Galaxy Tab 10.1 pada bulan Julai ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN