Cari @ Amanz

Friendster Beta Bakal Diperkenalkan Kepada Segelintir Pengguna Minggu Hadapan

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti yang dinantikan, kini Friendster nampaknya telah pun bersedia untuk memperkenalkan versi baru mereka, dan Friendster baru versi beta dijangka akan dilancarkan kepada mereka yang terpilih pada minggu hadapan. Seperti yang semua sedia maklum, Friendster baru kelak akan lebih menumpukan kepada permainan atas talian yang lebih sosial.

Friendster sebelum ini telah meminta para penggunanya untuk membuat salinan data mereka pada Friendster lama, oleh kerana kebanyakkannya akan dipadam dan digantikan dengan sebuah platform dan sistem yang serba baru.

Friendster baru ini juga turut sama dijangka akan membawakan sokongan kebolehan untuk log masuk menggunakan Facebook Connect, dan beberapa API dijangka akan diperkenalkan membolehkan para pembangun membangunkan aplikasi dan permainan untuk mereka.

Pada masa yang sama, Friendster juga telah menjenamakan laman mereka, dan kini menggunakan logo yang serba baru dan lebih kemas.

Tips daripada Harinder / @lightyoruichi


Komen ()