Halaman Friendster Beta Kini Aktif – Memerlukan Kod Akses Beta

Halaman Friendster Beta Kini Aktif – Memerlukan Kod Akses Beta

Diterbitkan pada June 14, 2011 oleh .

Sebelum ini, kami telah menulis yang mana Friendster bakal memperkenalkan versi beta bagi laman baru mereka yang lebih tertumpu kepada permainan sosial. Namun begitu, lebih awal daripada itu lagi, nampaknya laman Friendster Beta itu sudah pun mula diuji oleh segelintir daripada penggunanya.

Melalui apa yang kelihatan, ianya memperlihatkan kemaskini masa-nyata penggunaan laman mereka pada halaman utamanya, disamping membawakan antara muka lama yang lebih kemas dan menarik berbanding sebelumnya. Pada masa yang sama, ianya juga disahkan yang mana Friendster baru kelak akan menyokong Facebook Connect.

Buat masa ini, untuk mengakses laman beta ini, ianya memerlukan sebuah kod akses khas yang boleh didapati melalui jemputan khas. Friendster sendiri telah mengatakan yang mana mereka akan mula menghantar beberapa jemputan khas kepada umum bermula minggu hadapan. Ianya juga masih belum diketahui secara rasminya bilakah Friendster Beta baru ini bakal diperkenalkan kepada semua. Sama-sama kita nantikannya.


Paparan Halaman Friendster Yang Baru [kredit : Rizuani]


Halaman Friendster Help Baru [kredit : Rizuani]


Friendster dan Facebook Connect [kredit : Rizuani]


TIPS & ULASAN