Cari @ Amanz

Skrin Utama Seumpama Windows 8 Untuk Pelayar Web Diperkenalkan

Oleh Aman

Link Copied!

Jatuh cinta dengan antaramuka baru Windows 8 yang diperlihatkan Microsoft baru-baru ini? Kini, salah seorang rakan DeviantArt, flatmo1 telah pun membuat salah satu tema skrin utama untuk para pengguna Firefox, yang mana membolehkan mereka mengubah laman utama Firefox kepada lebih menyerupai antaramuka Windows 8.

Ianya dibina menggunakan HTML, CSS dan juga JQuery, sekaligus mudah untuk diubah-suai, dan digubah mengikut citarasa masing-masing. Semua tetapan juga disimpan pada fail XML untuk diakses dengan mudah.

Tema yang dinamakan sebagai Eight ini buat masa ini mesra dengan pelayar web Firefox dan juga Internet Explorer, selain rakan DeviantArt yang lain telah mengubahnya menjadi mesra Chrome dan juga Opera.

Sebelum ini, Microsoft telah memperlihatkan antaramuka Windows generasi akan datang mereka kepada umum melalui sebuah video khas, yang mana sehingga kini telah ditonton oleh jutaan pengguna daripada seluruh dunia. Microsoft dijangka akan memperkenalkan versi pembangunannya kepada umum sekitar bulan September kelak, dan versi akhirnya mungkin menyusul tahun hadapan ataupun pada 2013 kelak.


Komen ()