Cari @ Amanz

Kini, YouTube secara rasminya telah pun memperkenalkan suatu halaman baru, yang dinamakan sebagai “As Seen On”, dimana melalui halaman tersebut, ianya memperlihatkan senarai video-video YouTube yang dimasukkan pada sesuatu blog ataupun URL itu dengan mudah dan pantas, tanpa perlu melihatnya satu-satu pada blog tersebut.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh mendapat idea awal berkenaan kandungan dan jenis artikel yang mungkin mereka boleh lihat pada halaman web atau blog tersebut. Ianya diperkatakan yang mana YouTube telah pun menyediakan halaman khas untuk hampir semua web dan blog seluruh dunia.

Contoh : Halaman Amanz.my pada YouTube

Sebelum ini, YouTube telah pun memperkenalkan suatu fungsi kecil, dimana pada bahagian bawah sesuatu video, mereka memperlihatkan sebuah pautan khas dengan nama “As Seen On”, sekaligus membolehkan pengguna mengetahui video tersebut mendapat trafik yang banyak daripada laman mana.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd