Cari @ Amanz

Gemar untuk bercuti ke luar negara ataupun negeri? Kini sebuah aplikasi khas untuk para pengguna iOS diperkenalkan, membolehkan para pengguna mengetahui pelbagai promosi-promosi murah berkaitan percutian, selain membolehkan anda mendapatkan tawaran menarik untuk percutian anda.

Aplikasi yang dinamakan sebagai FlightLover Malaysia ini membolehkan anda mendapat tawaran yang paling menarik dan terendah untuk harga tiket penerbangan bagi jangka-masa 4 bulan akan datang.

Aplikasi ini dijual pada harga $2.99 dan boleh dimuat-turun secara terus melalui Apple AppStore ke peranti iOS anda. Selain versi Malaysia, versi Singapura juga terdapat pada AppStore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd