Carian
Tourism Malaysia Membelanjakan RM1.8 Juta Untuk Kempen Sosial Atas Talian
June 14, 2011 Aman

Ingatkah lagi berkenaan pelancaran permainan Citrawarna 1Malaysia di Facebook oleh Tourism Malaysia pada bulan Mei yang lepas? Kini, ianya diketahui yang mana jumlah kempen media sosial bagi keseluruhan enam halaman Facebook yang dihasilkan itu berjumlah lebih kurang RM1.8 juta.

Melalui RM1.8 juta tersebut, ianya diketahui yang mana bukan sahaja mereka menghasilkan sebuah aplikasi permainan khas untuk mempromosikan Malaysia, tetapi juga diperkatakan telah digunakan dalam penjenamaan atas-talian bagi Tourism Malaysia, mengiklankannya secara atas talian, membuat pelbagai pertandingan, serta majlis pelancarannya dibeberapa buah negara.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dilaporkan secara keseluruhannya dibeberapa media terkemuka, dan telah menghasilkan beberapa ketidak-puas hatian oleh rakyat tempatan. Mungkin pihak Tourism Malaysia boleh mengatasi perkara ini dengan mudah, dengan memperlihatkan dan menunjukkan hasil pendapatan serta kebaikkan yang diperolehi daripada perkara ini kepada umum.

Komen