Cari @ Amanz

Setelah sekian lama kedengaran pelbagai ura-ura berkaitan Garmin dan Navigon, kini secara rasminya, pengeluar peranti GPS yang popular, Garmin telah pun mengumumkan pembelian pembangun peranti dan juga aplikasi GPS yang dibangunkan di Jerman, iaitu Navigon.

Harga pembeliannya tidak diumumkan, namun ianya diperkatakan yang mana ianya adalah sekitar $72 juta. Pada masa yang sama, Navigon akan teruskan operasi mereka di Jerman dan akan menjadi anak syarikat mereka disana.

Selain daripada membangunkan peranti GPS mereka tersendiri, Navigon juga turut sama membangunkan aplikasi khas untuk telefon pintar iPhone dan juga Android, sekaligus ini akan memberikan impak yang lebih meluas kepada Garmin. Mungkin kita akan dapat mendengar sesuatu yang menarik daripada Garmin dalam masa beberapa bulan lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan Garmin dan dunia GPS mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd