Cari @ Amanz

Hari ini, melalui sebuah acara khas, Google telah mengumumkan dan memperkenalkan beberapa perkara baru pada enjin carian mereka, dan salah satunya merupakan carian suara kepada para pengguna desktop, membolehkan para pengguna Google membuat carian secara terus melalui desktop mereka dengan hanya menggunakan suara sahaja.

Buat masa ini, sokongan bahasa untuk carian suara ini mungkin masih lagi kurang. Menurut Google, mereka telah memproses lebih daripada 230 billion data melalui sistem mereka untuk hanya mempelajari pelbagai perkataan berbahasa Inggeris sahaja, dan melalui pengenalan carian suara pada desktop ini, ianya akan dapat diperluaskan dengan mudah lagi.

Para pengguna boleh melakukan carian suara melalui pelayar web desktop yang menyokong input suara mereka bermula hari ini, dan nikmati penggunaan carian dengan hanya menggunakan suara, tanpa perlu menaip seperti dahulu lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd