Cari @ Amanz

Google Membolehkan Pengguna Membuat Carian Menggunakan Imej

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada carian melalui suara, salah satu fungsi baru yang dinantikan sekian lama oleh para pengguna yang diperkenalkan oleh Google hari ini adalah carian menggunakan imej. Kini, para pengguna boleh memasukkan imej pada kotak carian dengan fungsi drag & drop, dan melakukan carian dengannya.

Fungsi ini bakal diperkenalkan secara berperingkat, dimana para pengguna boleh menggunakan imej dalam carian mereka, selain daripada teks dan juga suara. Untuk memudahkan carian melalui imej, plugin Chrome dan juga Firefox turut sama boleh digunakan.

Perkara ini juga sekaligus akan memudahkan para pengguna untuk membuat carian sesuatu imej yang lebih kurang, ataupun mendapatkan maklumat berkaitan imej-imej sedia ada bersama-sama dengan mereka dengan mudah.

Menurut Google, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada para penggunannya, dan terlebih dahulu kepada para pengguna Chrome.


Komen ()