Cari @ Amanz

Google hari ini turut sama mengumumkan salah satu fungsi baru yang dipanggil Instant Pages, yang mana melaluinya, ianya membolehkan para pengguna mengakses halaman yang dituju melalui carian Google dengan lebih pantas dan cepat.

Melalui Instant Pages ini, Google memperlihatkan yang mana para pengguna boleh menjimatkan sehingga 5 saat dalam membuka sesuatu web itu. Fungsi ini dibangunkan oleh Google dengan menggunakan suatu algoritma yang mana membolehkan Google meneka keputusan carian yang mungkin penggunannya akan pilih, serta cache akan kandungan tersebut, sekaligus membolehkan mereka mengaksesnya dengan pantas sebaik sahaja ianya diklik.

Instant Search ini bakal diperkenalkan melalui Chrome Beta yang bakal diperkenalkan pada minggu ini. Namun begitu, bagi yang ingin mengaksesnya dengan lebih pantas, boleh mengujinya pada Chrome Dev versi baru hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd