Selain daripada aplikasi FlightLovers Malaysia yang lebih ditujukan kepada para pengguna yang berminat dengan promosi tiket penerbangan, kini sebuah aplikasi baru dilancarkan untuk para pengguna Android, dinamakan sebagai Nearby Promotions.
Melalui aplikasi ini, ianya menggunakan data-data daripada Chalkboard, dan juga pada masa yang sama menggunakan fungsi geolokasi untuk memperlihatkan promosi-promosi yang berdekatan dengan seseorang pengguna itu.
Para pengguna Android yang berminat boleh mendapatkan aplikasi ini secara percuma daripada Android Market dan mula menikmati pelbagai penjimatan melalui pembelian anda.