Cari @ Amanz

Lanjutan daripada mesej kumpulan pengodam dipanggil Anonymous semalam, ianya diketahui yang mana kini pihak CyberSecurity telah pun memberikan maklumbalas mereka, dimana CyberSecurity telah pun mengesahkan ancaman mereka, dan pada masa yang sama mengatakan yang mana mereka akan menghadapinya dengan serius.

Sebelum ini, semalam Anonymous telah menghatar sebuah mesej godaman yang mana mengatakan mereka akan mengodam laman Malaysia.gov.my pada pagi Khamis ini sekitar pukul 3.30 pagi. Ianya diperkatakan salah satu sebab utama godaman mereka kelak adalah kerana kawalan internet oleh pihak kerajaan, selain pada masa yang sama mengecam rasuah dikalangan pentadbir.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd