RIM Turut Meminta Jiwang.org Dihalang Aksesnya

RIM Turut Meminta Jiwang.org Dihalang Aksesnya

Diterbitkan pada June 15, 2011 oleh .

Selain daripada beberapa laman perkongsian fail yang telah dihalang aksesnya oleh beberapa penyedia internet, kini ianya dilihat yang mana RIM (Recording Industry Association of Malaysia) turut sama meminta kerajaan untuk menghalang lagi satu laman forum dan perkongsian popular, iaitu Jiwang.org.

Salah satu sebab RIM meminta laman Jiwang.org dihalang adalah kerana ianya diperkatakan menyediakan sokongan muat-turun untuk fail-fail berhak-cipta melalui laman mereka, terutamanya yang berkaitan Malaysia.

Sebelum ini, ianya diketahui mengenai permintaan SKMM untuk menghalang lebih 10 halaman perkongsian, dan sehingga kini ianya telah pun dikuat-kuasakan oleh P1, TM dan juga Maxis.


TIPS & ULASAN