Cari @ Amanz

Berucap pada World Bloggers & Social Media Summit pada hari ini, Rais Yatim mengatakan yang mana kini di Malaysia, terdapat lebih daripada 17.5 juta pengguna internet, dimana ianya dipecahkan kepada tiga kategori, iaitu pengguna jalur-lebar, pengguna 3G, dan juga pengguna internet tanpa wayar.

Menurut Rais Yatim, pengguna jalur-lebar Malaysia adalah lebih daripada 5 juta orang, selain mana lebih 10 juta pengguna merupakan pengguna 3G. Pada masa yang sama, lebih 2.5 juta pengguna merupakan pengguna internet tanpa wayar di Malaysia.

Namun begitu, ianya tidak pasti dengan angka yang diperlihatkan, kerana berkemungkinan terdapatnya para pengguna yang sama melanggan talian internet dan juga 3G. Berkemungkinan angka pengguna ini mungkin lebih besar, ataupun mungkin juga kecil.

Sebelum ini, ianya turut diketahui yang mana pengguna Facebook Malaysia telah pun melangkaui angka 11 juta pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd