Celcom Turut Sama Mula Menghalang Akses Ke 10 Laman Perkongsian Fail

Celcom Turut Sama Mula Menghalang Akses Ke 10 Laman Perkongsian Fail

Diterbitkan pada June 15, 2011 oleh .

Setelah P1, TM dan juga Maxis, kini kedengaran yang mana Celcom turut sama telah mula menghalang akses ke 10 laman web perkongsian popular, termasuk PirateBay. Perkara ini adalah lanjutan daripada permintaan SKMM untuk menghalang akses ke laman-laman tersebut, disebabkan pelanggaran hak cipta dan sebagainya.

Sebelum ini, melalui surat bertarikh 30 Mei, ianya diketahui yang mana sebuah surat rasmi telah dihantar kepada para penyedia ISP melalui SKMM dimana diminta untuk menghalang akses ke laman-laman yang tersenarai. Buat masa ini, ianya diketahui yang mana hanya Yes, DiGi, Jaring dan beberapa ISP lain sahaja yang masih belum menghalang akses ke laman-laman tersebut, dan mungkin akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Kami di sini tidaklah mengalakkan cetak rompak, dan pada masa yang sama tidak begitu menyukai tindakan pihak berkuasa, memandangkan bukan kesemua fail-fail yang dikongsikan melalui laman tersebut merupakan fail-fail berhak-cipta, sebaliknya turut digunakan untuk penghantaran fail-fail dokumen, dan juga perkongsian fail ISO distro Linux.


TIPS & ULASAN