Beberapa Web Kerajaan Digodam Sebelum Anonymous Bertindak

Beberapa Web Kerajaan Digodam Sebelum Anonymous Bertindak

Diterbitkan pada June 16, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, kumpulan pengodam yang dinamakan Anonymous telah pun mengatakan yang mana mereka akan godam laman kerajaan, Malaysia.gov.my pada pagi ini, sekitar 3 pagi kelak. Namun begitu, lebih awal daripada itu, ianya kelihatan beberapa laman kerajaan telah pun diserang oleh penyokong mereka.

Sehingga kini, antara laman web yang telah digodam, termasuklah halaman web CIDB.gov.my, JBiotech.gov.my, UiTM Penang, TourMalaysia.com.my, KRU Studios, Parlimen.gov.my dan beberapa laman lagi. Laman Malaysia.gov.my juga kelihatan seperti tidak boleh diakses, dan seperti dibawa ke halaman Staging.Malaysia.gov.my. Buat masa ini, ianya kelihatan yang mana beberapa laman web telah digantikan halamannya, serta beberapa yang lain digodam menggunakan DDOS.

Info lanjut akan menyusul.


TIPS & ULASAN