Cari @ Amanz

Setelah LG yang telah melancarkan peranti dwi-teras mereka secara rasmi di Malaysia, kini hari ini, Motorola bakal melancarkan Motorola Atrix secara rasminya di Malaysia, iaitu seminggu lebih awal daripada pelancaran rasmi Samsung Galaxy S2. Buat masa ini, harga dan informasi lanjut mengenainya masih tidak diketahui lagi.

Secara ringkasnya, Motorola Atrix membawakan pelbagai teknologi terkini melalui peranti dwi-teras mereka yang menggunakan platform Android. Pada masa yang sama, ianya turut membawakan fungsi webtop, iaitu salah satu aplikasi berasaskan web yang boleh digunakan bersama-sama sebuah dck khas, yang menjadikan desktop anda lebih menarik lagi secara mudah-alih.

Motorola dijangka akan melancarkannya di Malaysia pada tengah-hari ini. Kami akan mengemaskini dengan lebih info berkaitan Motorola Atrix di Malaysia sebaik sahaja ianya diketahui.

#Motorola ATRIX dual-code Android phone to launch in #Malaysia today (16/6) afternoon. I can’t make it to the launch event..less than a minute ago via Facebook Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd