Cari @ Amanz

Seperti yang dilaporkan pada malam semalam, sejumlah besar halaman web tempatan telah digodam oleh pengodam sepanjang malam lepas. Kami telah pun melaporkan permulaannya, dan ianya kelihatan yang mana Yes World menyediakan laporan penuh pengodaman tersebut, dimana ianya dilihat lebih 24 disenaraikan samada digodam ataupun ditutup.

Berikut merupakan senarai penuh halaman yang digodam sepanjang malam semalam:

  1. SabahTourism (http://pastehtml.com/view/ax3mejiup.html)
  2. TourMalaysia (http://tourmalaysia.com.my/)
  3. UiTM Penang (http://penang.uitm.edu.my/)
  4. JBioTech (http://jbiotech.gov.my/admin/)
  5. Ezi2Care – Jabatan Kebajikan Masyarakat (http://ezi2care.jkm.gov.my/)
  6. CIDB (http://www.cidb.gov.my/v6/)
  7. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (http://www.spad.gov.my/)
  8. KRU Studios (http://www.krustudios.com/)

Selain daripada laman-laman web tempatan yang digodam, sejumlah laman web juga dilihat telah DDOS, ataupun telah ditutup oleh pentadbirnya sendiri untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Berikut merupakan antara laman web yang terlibat;

  1. 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my/)
  2. ASEANConnect (http://www.aseanconnect.gov.my/)
  3. Kementerian Pendidikan (http://www.moe.gov.my/)
  4. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (http://www.sprm.gov.my/)
  5. Bomba Malaysia (http://www.bomba.gov.my/)
  6. Parlimen Malaysia (http://www.parlimen.gov.my/)
  7. Kementerian Kerja Raya Malaysia (http://www.kkr.gov.my/)
  8. Treasurey (http://www.treasury.gov.my/)
  9. Malaysian Meteorological Service (http://www.kjc.gov.my/)
  10. Universiti Kebangsaan Malaysia (http://www.ukm.my/)
  11. Jobs Malaysia (http://www.jobsmalaysia.gov.my/)
  12. (http://www.kpkk.gov.my/)
  13. Kementerian Sumber Manusia (http://www.mohr.gov.my/)
  14. Polis Diraja Malaysia (http://www.rmp.gov.my/)
  15. National Sports Council (http://www.nsc.gov.my/)
  16. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (http://www.kpkk.gov.my/)

Pada masa yang sama, laman komuniti GengBlogger.com juga turut sama telah digodam oleh pengodam berbeza.

Kemaskini : Ianya juga diketahui yang mana Malaysia.gov.my, IDIP.edu.my, dan juga beberapa subdomain SKMM.gov.my turut digodam, terus membawakan angka laman digodam ke lebih 27 laman.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd