Facebook kini dilaporkan akan memperkenalkan sistem pembayaran untuk rangkaian sosial mereka, iaitu Facebook Credit di Malaysia pada bulan hadapan, bersama-sama 12 negara yang lain di Asia dan juga Amerika Latin. Ini adalah lanjutan daripada yang mana Facebook meminta semua pembangun menggunakan Facebook Credit bermula 1 Julai ini.
Facebook Credit paling popular digunakan dalam permainan sosial pada Facebook, selain beberapa aplikasi yang lain, menjadikannya sebagai duit maya pada laman sosial terkemuka itu.
Bersama-sama Malaysia, negara lain yang turut sama akan menerimanya termasuklah Indonesia, Singapura, Filipina, dan Vietnam. Buat masa ini, ianya tidak diketahui samaada ianya akan diperkenalkan dengan kerjasama MOL Global ataupun sebaliknya.