Seperti sedia maklum, Nokia telah pun mula menjual peranti mereka dengan platform Symbian Anna di Malaysia baru-baru ini, dan kini ianya dilaporkan yang mana Nokia mungkin akan mula memperkenalkan kemaskini platform Symbian kepada para pengguna telefon pintar mereka yang sedia ada seawal bulan Julai ini.
Buat masa ini, ianya tidak diketahui peranti apakah yang akan menerima kemaskini Symbian Anna ini, namun salah satu peranti yang telah disahkan adalah Nokia N8. Melalui Symbian Anna, Nokia membawakan pelbagai kemaskini, termasuk antaramuka yang diperkemaskini, papan kekunci QWERTY yang serba baru, Ovi Maps yang baru, dan beberapa kemaskini yang lain.