Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, nampaknya, kini HTC Malaysia telah pun bersedia melancarkan beberapa peranti mereka secara rasminya di Malaysia. Melalui halaman Facebook mereka, HTC Malaysia memperlihatkan yang mana mereka kini dalam perancangan akhir untuk suatu acara besar pada Selasa hadapan.

Salah satu peranti yang dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada acara tersebut adalah HTC Sensation yang membawakan cip pemprosesan dwi-teras. Berkemungkinan juga, mereka akan mengumumkan beberapa peranti lain, termasuk Salsa, ChaCha dan juga Wildfire S. Mungkin beberapa peranti akan mendapat hak eksklusif bersama-sama dengan Maxis, memandangkan mereka pernah mengumumkan kerjasama sebelum ini.

Selain daripada HTC, Samsung juga bakal melancarkan peranti dwi-teras mereka pada minggu hadapan, atau lebih tepat lagi pada Rabu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd