Cari @ Amanz

Seperti yang diperkatakan, pada petang ini, Motorola Malaysia telah pun melancarkan Motorola Atrix yang membawakan cip dwi-teras dan juga sokongan fungsi webtop bersama-sama dengannya. Atrix akan dijual pada harga serendah RM1999 di Malaysia.


Atrix Dengan Sokongan Widget Boleh Laras [via]

Selain daripada harga peranti yang berharga RM1999, Atrix juga membawakan sebuah dock khas yang berharga RM1399, dimana melaluinya para pengguna boleh menggunakan telefon pintar mereka sebagai sebuah laptop dengan mudah. Ianya juga turut didatangkan dengan beberapa aksesori yang lain.

Ianya juga diketahui yang mana Atrix menggunakan platform Android 2.2 padanya, dan dijangka akan memperkenalkan kemaskini untuk Gingerbread tidak lama lagi. Atrix juga turut sama membawakan kamera 5-megapixel, kamera hadapan untuk membuat panggilan video, skrin 4-inch dengan resolusi 960×540, dan juga cip 1GHz dwi-teras.

Pada minggu hadapan, dua lagi telefon pintar Android dengan cip dwi-teras akan dilancarkan secara rasmi, iaitu HTC Sensation dan juga Samsung Galaxy S2.

Kredit : @SapiensBryan

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd