Yahoo! AppSpot – Carian Aplikasi Kini Lebih Jitu Dan Pantas

Yahoo! AppSpot – Carian Aplikasi Kini Lebih Jitu Dan Pantas

Diterbitkan pada June 17, 2011 oleh .

Walaupun populariti enjin carian Yahoo! semakin merudum akhir-akhir ini, namun mereka tetap kekal memperkenalkan pelbagai perkara baru dan terus mengintegrasikan fungsi-fungsi baru pada laman mereka, dan terkini, Yahoo! menyokong carian aplikasi mudah-alih terus daripada laman utama mereka.

Kini, selain daripada pilihan tab Imej, Berita dan sebagainya, Yahoo! turut sama memperkenalkan tab bernama Apps pada halaman utama mereka, membolehkan anda melakukan carian untuk mencari aplikasi baru pada peranti mudah-alih anda, samada untuk iOS ataupun Android.

Selain versi desktop untuk pelayar web, Yahoo! turut sama melancarkan aplikasi bernama Yahoo! AppSpot, membolehkan pengguna mencari aplikasi yang dikehendaki lebih pantas, terus dari telefon pintar iPhone atau Android, serta turut menyokong iPod Touch.


TIPS & ULASAN