Maxis Akan Menawarkan Galaxy S2 Serendah RM799 Untuk 300 Pelanggan Pertama

Maxis Akan Menawarkan Galaxy S2 Serendah RM799 Untuk 300 Pelanggan Pertama

Diterbitkan pada June 17, 2011 oleh .

Setelah mengumumkan secara rasmi melalui halaman Facebook mereka berkenaan pelancaran Samsung Galaxy S2 pada 22 Jun kelak, kini Samsung sekali lagi memperlihatkan maklumat awal mengenai peranti yang dinantikan ramai, dimana ianya akan dijual pada harga serendah RM799 untuk 300 pelanggan pertamanya ketika pelancaran kelak.

Namun begitu, ianya merupakan apabila anda berdaftar dengan pakej Maxis ketika pelancarannya kelak. Berkemungkinan besar, Maxis mungkin menawarkannya pada harga serendah itu dengan kontrak perjanjian selama 24 bulan. Namun ianya tidak dapat dipastikan buat masa ini, dan halaman khas Samsung itu tidak dapat diakses ketika artikel ini ditulis.

Terima kasih kepada @Piratz


TIPS & ULASAN