Mozilla Sedang Membangunkan Pembaca PDF Pada Firefox

Diterbitkan pada Jun 17, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mungkin tidak lama lagi, para pengguna tidak akan memerlukan Adobe Reader untuk melihat fail PDF pada pelayar web. Kini, ianya diperkatakan yang mana Mozilla sedang dalam proses membangunkan salah satu cara membaca fail PDF terus melalui pelayar web dengan penggunaan HTML5 dan juga Javascript.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam proses pembangunanan. Namun para pengguna yang berminat boleh mengujinya dan melihat perkembangan pembangunan perkara ini pada pelayar web sumber terbuka kegemaran semua.

Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun begitu, dengan pembangunan Firefox yang kini lebih pantas, mungkin kita akan dapat melihatnya dengan lebih pantas lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami