Aplikasi Facebook Untuk iPad Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Aplikasi Facebook Untuk iPad Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 17, 2011 oleh .

Setelah setahun lebih iPad dilancarkan, kini Facebook akhirnya diperkatakan akan memperkenalkan dan melancarkan aplikasi iPad mereka kepada umum tidak lama lagi. Ianya turut diperkatakan yang mana versi iPad ini akan dioptimasikan dan direkabentuk khas untuk tablet.

Menurut beberapa sumber dalaman, ianya diperkatakan aplikasi tersebut telah didalam pembangunan selama lebih daripada setahun, dan mempunyai perubahan rekabentuk dan sebagainya beberapa kali. Kini, versi akhirnya sudah pun memasuki fasa pembangunan dan percubaan terakhir, dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui aplikasi Facebook untuk iPad ini juga, ianya akan membawakan pengalaman melihat dan mengikuti gambar dan video pada resolusi penuh. Buat masa ini, tarikh pastinya masih tidak diketahui, namun ianya dikatakan akan diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN