Carian
Tiga Tiket Joomla! Day Untuk Diberikan Kepada Pembaca Bertuah Amanz
June 17, 2011 Aman

Ingatkah lagi dengan Joomla Day 2011 yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur pada bulan penghujung bulan ini? Kini, AmanzNetwork sebagai salah satu media atas talian untuk acara terkemuka tersebut, mendapat sebanyak tiga tiket untuk para pembaca kami, dan diberikan secara percuma.

(Satu tiket seorang untuk tiga pemenang)

Melalui hari tersebut, ianya bakal menyediakan pelbagai info-info menarik bagi para pengguna dan juga pembangun Joomla, berkenaan dengan aplikasi sumber terbuka yang popular itu. Anda juga akan mendapat pelbagai info semasa berkaitan Joomla 1.7 yang bakal dilancarkan pada 10 Julai kelak, terus daripada pembangunnya. Joomla Day 2011 bakal diadakan di Auditorium Microsoft, KLCC pada 25 Jun ini, dari 8.30 pagi hingga ke 5.30 petang.

Berkaitan dengan tiga tiket yang ditaja sepenuhnya oleh JomSocial untuk ke Joomla! Day 2011, anda hanya perlu tinggalkan komen di artikel ini – Mengapa Anda Inginkannya? – sebelum pukul 12 tengah malam ini (17 Jun), dan kami akan hubungi pemenangnya seawal pagi atau petang esok.

Bagi yang tidak berjaya, anda juga boleh mendapatkan tiket Joomla! Day 2011 terus daripada penganjurnya pada harga serendah RM90.

Pemenang, saudara Kodin, Omar dan juga Saladen telah pun dihubungi melalui emel. Bagi yang tidak berjaya, mungkin boleh cuba lain kali, untuk hadiah dan perkara yang lebih menarik lagi.

Komen