Maxis Mulakan Pra-Daftar Untuk BlackBerry PlayBook

Diterbitkan pada Jun 17, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah ternanti-nanti sekian lama, kini nampaknya Maxis bakal menawarkan BlackBerry PlayBook kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi, dan telah pun memulakan pra-daftar untuk BlackBerry PlayBook.

Sebelum ini, tablet pertama daripada BlackBerry ini telah diperlihatkan di Malaysia beberapa bulan sebelum ini. Melaluinya, ianya membawakan cip pemprosesan 1GHz dwi-teras, RAM 1GB, skrin bersaiz 7-inch dengan resolusi 1024×600, kamera hadapan 3MP dan juga kamera belakang 5MP.

Harga dan tarikh pelancarannya masih belum diketahui buat masa ini. Mungkin kita akan dapat ketahuinya dalam masa beberapa minggu lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami