Cari @ Amanz

Setelah Samsung Malaysia memperlihatkan pakej khas untuk Galaxy S2, dimana 300 peranti pertama akan dijual pada harga serendah RM799, kini Maxis telah pun memperlihatkan pakej Galaxy S2 mereka, dimana selepas 300 peranti pertama dijual pada harga RM799, seterusnya ianya akan dijual pada harga serendah RM1,199.

Walaubagaimanapun, seperti sedia maklum, harga subsidi ini hanya dapat dinikmati sekiranya anda merupakan pelanggan Maxis, dan didatangkan dengan kontrak 12 bulan, 18 bulan, dan juga 24 bulan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkannya daripada Maxis, bermula daripada 22 Jun ini. Maxis sendiri akan membuka sebuah tapak khas di MidValley Megamall pada tarikh tersebut. Harga peranti Samsung Galaxy S2 sahaja tanpa sebarang kontrak adalah RM2099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd