Cari @ Amanz

Setelah MCMC mengeluarkan kenyataan berkenaan halaman yang digodam semalam, kini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, iaitu Rais Yatim telah pun mengeluarkan kenyataan daripada pihak mereka, mengatakan sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini.

Menariknya berkenaan perkara ini adalah dimana lebih 90% daripada penggodamnya adalah dari dalam negara, iaitu dari Malaysia sendiri, dan bukannya pihak luar. Walaupun, kami di Amanz melihatnya ianya sebagai salah satu tanda protes keatas tindakan SKMM menghalang akses ke lebih 10 laman perkongsian tempatan, menurut pihak Rais Yatim, mereka percaya ianya bermotifkan politik serta pada masa yang sama bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan Malaysia.

Pada masa yang sama, ianya juga dikatakan yang mana kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, SKMM, MAMPU, dan agensi kerajaan yang lain mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan perkara ini.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, kumpulan pengodam yang dipanggil Anonymous telah menghantar mesej cabaran kepada kerajaan Malaysia dalam bentuk video dan juga sebuah imej, sebagai tanda lawan kerana penghalangan akses ke beberapa laman luar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd