Windows 8 Menghampiri Fasa Beta?

Windows 8 Menghampiri Fasa Beta?

Diterbitkan pada June 18, 2011 oleh .

Nampaknya, Microsoft sudah semakin hampir kepada pembangunan Windows 8 Beta, dimana melalui versi pembangunan Windows 8 Milestone 3 yang terkini, gambar ikan yang lebih kurang serupa seperti pada Windows 7 Beta diperlihatkan, sekaligus memberikan idea yang mana versi beta untuk Windows 8 akan menyusul tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, melalui tarikh pembangunan yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana ianya telah dibangunkan pada bulan April yang lepas, dan mungkin pelbagai perubahan telah dilakukan sehingga sekarang.

Sebelum ini, Microsoft telah memperlihatkan antaramuka baru Windows 8 yang mana kelihatan serba menarik, dan melaluinya juga, Microsoft bakal menjadikan antaramuka pelbagai platform mereka lebih selari lagi. Ianya dijangka yang mana lebih banyak info akan diketahui menjelang persidangan BUILD yang bakal dianjurkan Microsoft pada bulan September ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN