Cari @ Amanz

Kini, kami telah pun mendapat akses kepada Friendster Beta, dimana ianya dilihat melaluinya, para pengguna perlua mendaftarkan akaun kembali. Namun begitu, memandangkan ianya menyokong Facebook Connect, ianya bukanlah suatu masalah yang besar kepada semua pengguna buat masa ini.

Melalui Friendster yang baru ini, ianya membawakan antaramuka yang lebih ceria dan menarik lagi, sesuai untuk para pengguna yang cintakan game dan permainan. Sebaik sahaja pengguna log masuk ke laman tersebut menggunakan Facebook Connect, atau mendaftarkan diri secara manual, anda akan diminta untuk membuat avatar dan juga memuat-naik gambar atau memilih daripada beberapa gambar yang sedia ada.

Selepas semuanya selesai, anda boleh terus mula bermain dengan rakan-rakan anda dengan mudah. Selain daripada anda dapat kongsikan mengenai permainan anda terus kepada rakan-rakan di Facebook, anda juga boleh mengintegrasikan akaun Yahoo! supaya kemaskini turut dihantar ke sana dengan pantas dan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd