Cari @ Amanz

Kini, mungkin semua sedia maklum berkenaan salah satu kumpulan pengodam tempatan yang dinamakan sebagai Dragon Force, yang mana telah tertulis didada-dada akhbar sepanjang minggu ini. Melalui laman KenaHack.com, ianya diperkatakan yang mana kumpulan DragonForce merupakan pecahan daripada RileksCrew, yang mana membawakan ideologi berbeza dengan RileksCrew sendiri.

Ianya diperkatakan yang mana DragonForce lebih kepada melakukan serangan pada halaman utama sesebuah web (defacement), serta pada masa yang sama menyertakan mesej berkenaan isu SKMM yang mana telah menghalang akses ke beberapa laman-laman perkongsian terkemuka, dan sebaliknya, RileksCrew yang lebih kepada soal keselamatan sesuatu laman dan menyampaikan mesej kepada pemilik dan pentadbirnya.

Pada masa yang sama, sebuah video telah dimuat-naik pada laman YouTube, yang mana mengutuk serangan DragonForce sebagai memalukan para pengodam professional, serta mengatakan mereka sebagai salah satu pengodam baru belajar yang tidak beretika.

Sebelum ini, sepanjang minggu ini, lebih daripada 198 laman web kerajaan telah digodam, dan pelbagai laman-laman tempatan yang lain turut sama telah digodam, dan digantikan halaman utamanya, dan membawakan beberapa mesej sebagai tanda protes kepada halangan kepada beberapa laman perkongsian terkemuka termasuk ThePirateBay.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd