Firefox 5 Kini Boleh Dimuat-turun Dari Pelayan FTP Mozilla

Firefox 5 Kini Boleh Dimuat-turun Dari Pelayan FTP Mozilla

Diterbitkan pada June 18, 2011 oleh .

Lebih pantas daripada apa yang dijanjikan, kini Mozilla seperti telah memuat-naik fail pemasangan Firefox 5 pada pelayan FTP mereka, dan boleh dimuat-turun oleh semua pengguna, lebih pantas daripada tarikh yang dijanjikan oleh Mozilla sebelum ini iaitu pada 21 Jun.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi belum diumumkan secara rasmi oleh Mozilla buat masa ini. Melalui Firefox 5, ianya membawakan sokongan transisi CSS, penambah-baikkan kepada JavaScript, canvas, peningkatan pada pengurusan memori, sokongan HTML5 yang ditambah-baik, integrasi bersama desktop Linux yang ditambah-baik lagi, dan beberapa penambah-baikkan pada prestasi dan lain-lain.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya secara terus daripada pelayan FTP Mozilla, sementara menunggu pengumuman rasmi daripada pihak Mozilla tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN