Cari @ Amanz

Selepas semalam kelihatan paparan antaramuka untuk Windows 8 Build 7989, kini versi pembangunan Windows generasi akan datang itu sudah pun dimuat-naik pada pelayan FTP BetaArchive, dan boleh dimuat-turun oleh semua pengguna, sekaligus menguji versi pembangunan terbaru itu. Ianya juga merupakan salah satu versi pembangunan pada fasa Milestone 3.

Windows 8 Build 7989 ini merupakan versi pembangunan pada bulan April yang lepas, dan semestinya membawakan beberapa perkara baru padanya, yang mungkin kita akan ketahui tidak lama lagi. Namun, secara ringkasnya, melalui apa yang dapat dilihat adalah latar belakang yang serba baru. Ianya tidak diketahui samada ianya menyertakan antaramuka baru Windows yang diperlihatkan tempoh hari ataupun tidak, memandangkan melalui versi-versi sebelum ini yang tersebar melalui internet, beberapa fail perlu diubah sebelum dapat melihat fungsi-fungsi baru padanya.

Sebelum ini, Microsoft telah pun memperlihatkan paparan antaramuka baru Windows 8 yang mana kelihatan amat menarik sekali, dan membawakan antaramuka Metro UI. Buat masa ini, ianya tidak diketahui bilakah Microsoft akan melepaskan Windows 8 Beta. Mungkin ianya akan dilancarkan pada persidangan BUILD bulan September nanti, ataupun pada acara PDC kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd