Playmoolah Memenangi Echelon 2011

Playmoolah Memenangi Echelon 2011

Diterbitkan pada June 18, 2011 oleh .

Setelah 11 syarikat mempersembahkan produk mereka di Echelon pada hari Khamis yang lepas, akhirnya pemenang Echelon 2011 telah pun diumumkan, iaitu Playmoolah. Ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan persembahan mereka di Echelon, serta produk mereka yang amat menarik dan berguna sekali.

Secara ringkasnya, Playmoolah merupakan salah satu platfom atas talian untuk kanak-kanak berusia 5 hingga ke 11 tahun, dimana melaluinya mereka dipupuk untuk menyimpan, menguruskan dan menjana pendapatan dan duit simpanan mereka. Pada masa yang sama, Playmoolah turut sama menyediakan maklumat yang berkaitan kepada para ibubapa, dan membolehkan mereka turut serta dalam aktiviti anak-anak mereka.


TIPS & ULASAN