Selepas Microsoft memperlihatkan papan kekunci atas skrin mereka yang menarik melalui video ringkas sebelum ini, kini sebuah video dimuat-naik pada YouTube memperlihatkan papan kekunci atas skrin pada Windows 8. Ianya diketahui yang mana papan kekunci baru ini disertakan bersama-sama dengan Windows 8 Build 7989.
Melaluinya, dapat dilihat yang mana ianya membawakan rekabentuk mesra skrin sentuh, selain pada masa yang sama membawakan papan kekunci boleh dibahagikan kepada dua bahagian – sekaligus menjadikannya lebih mesra bagi para pengguna tablet. Selain daripada itu, Microsoft turut mendatangkannya dengan emoticon.