Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui apakah itu Photovine ini, tetapi Google telah pun memohon untuk hak cipta penggunaan nama Photovine ini pada 7 Jun yang lepas, selain pada 14 Jun telah pun memiliki nama domain Photovine.com.
Sehingga kini, ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan dengan apakah itu perkhidmatan Photovine ini. Tetapi daripada penggunaan nama, ianya akan berkait rapat dengan perkhidmatan imej dan gambar mereka. Mungkin juga ianya akan diintegrasikan bersama-sama dengan Picasa milik mereka, ataupun mungkin juga ianya merupakan sebahagian daripada perkhidmatan sosial mereka yang diura-urakan selama ini.
Sama-sama kita nantikan apakah yang Google perkenalkan melalui Photovine ini.