Cari @ Amanz

CloudFlare Membuka Pusat-Data Di Singapura

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin semua sudah sedia mengenali perkhidmatan CloudFlare, yang mana melindungi dan juga memperlajukan sesuatu laman web itu lebih pantas atas-talian. Terkini, CloudFlare, terus menambah pusat-data mereka diseluruh dunia dalam mengurangkan lengah masa, dan telah pun melancarkan pusat-data mereka di Singapura.

Pusat-data di Singapura menjadikannya sebagai pusat-data CloudFlare yang ke-12 didunia, selepas Hong Kong, Tokoyo, Los Angeles, San Jose, Dallas, Chicago, New York, Ashburn, Amsterdam, Paris dan juga Frankfurt. Mereka juga bakal menambah pusat-data di London dan Miami tidak lama lagi.

CloudFlare juga turut sama mengatakan yang mana mereka akan terus memberikan perhatian dalam mengurangkan lengah masa, serta meningkatkan prestasi mereka, sekaligus membolehkan para pengguna melayari laman-laman pelanggan mereka dengan mudah tanpa sebarang masalah.


Komen ()