Nampaknya, HTC Sensation, telefon pintar dwi-teras daripada HTC bukan hanya eksklusif kepada Maxis sahaja, sebaliknya turut sama akan ditawarkan bersama-sama oleh pihak DiGi melalui Smart Plan mereka. Buat masa ini, laman DiGi masih lagi belum dikemaskini, dan maklumat berkaitan dengannya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.
Secara ringkasnya, HTC Sensation membawakan skrin sentuh seluas 4.3-inch, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, storan terbina 1GB, RAM 768MB, kamera 8-megapixel dibelakang dan juga kamera VGA untuk panggilan video, serta membawakan Android dengan HTC Sense.
Selain daripada HTC Sensation, DiGi juga turut sama menawarkan HTC Wildfire S melalui DiGi Smart Plan mereka. HTC dijangka bakal melancarkan beberapa peranti baru mereka pada hari Selasa ini, namun tidak diketahui samaada ianya akan dilancarkan bersama-sama dengan pihak Maxis ataupun DiGi. Sama-sama kita nantikannya.